Tuesday, April 5, 2011

CINTA

Alhamdulillahi rabbi alamin..masih lagi bernyawa pada hari ini..masih berpeluang untuk menunaikan taubat..memohon ampun pada Allah semoga mampu menjadi orang yang di cintai-NYA..namun di dunia ni cinta pada manusia adalah lumrah kehidupan..semua boleh berbicara tentaang cinta..tapi adakah cinta itu mempunyai asas yang kukuh..saya tidak mengatakan bahawa cinta saya terhadap manusia itu kukuh..tapi saya sentiasa mencuba untuk menjadikan ia kukuh..kerana menjadi insan yang sempurna ni amatlah susah..tetapi tidak mustahil..oleh itu, saya menyeru kepada pembaca agar kukuhkan hati, iman dan taqwa supaya dapat mengharungi CINTA yang suci tanpa di nodai.
Dasar bicara saya soal CINTA ini adalah suci sebagaimana yang didefinisikan oleh kamus iaitu clean, untainted(from the religious aspect) atau bebas (daripada kejahatan) bersih(dari segi agama).
Dalam soal cinta sentiasalah ingat pesan Baginda SAW "Seseorang itu akan dihimpunkan (di Mahsyar) bersama-sama orang yang dicintainya" (HR Bukhari dan Muslim)..Ini bermakna persoalan CINTA bukan boleh dibawa main..Ia menuntut kefahaman agar CINTA dapat dilalui dengan selesa bukannya derita..Jadi, setiap patah yang tercoret di blog ini lebih mengarah kepada keagamaan berbanding logika dan hujah semasa..Sentiasalah bersedia mengharungi dan menyelami lautan CINTA yang amat luas dan tidak bertepi ini..Kita selami untuk melihat keindahan yang tersembunyi daripada penglihatan dan pengetahuan serta nikmatilah sebagaimana seharusnya ia.

Rasulullah SAW bersabda " Aku menginginkan tiga hal dari dunia mu yakni bau yang harum, hubungan yang intim, dan solat yang merupakan kesenangan bagi mata"

No comments:

Post a Comment