Thursday, April 7, 2011

BERCINTA UNTUK MENAMBAH IMAN

Sebelum saya memberikan pandangan, sila perhatikan soalan yang terpapar dalam laman web JAKIM dalam lajur Kemusykilan Agama. Soalan itu bertarikh 22 Februari 2007 yang berbunyi begini ; Apakah hukum "couple" yang tiada ikatan sah tetapi masih menjaga batas pergaulan??

Dijawab oleh Panel SJAI 160807 bertarikh 16 Ogos 2007 sebagai mana berikut :
Islam menggalakkan umatnya berkasih sayang antara satu sama lain. Bercinta dalam Islam adalah HARUS. Walau bagaimanapun, anda wajib menjaga batas-batas pergaulan yang boleh membawa kepada maksiat.

Pada bahagian bawah jawapan JAKIM berkenaan terdapat nota berikut:
Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan JAKIM.

Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

Bercouple biasanya berlaku di IPT dan merupakan fenomena biasa. Pada saya
Bercouple selagi tidak melakukan perkara-perkara yang salah mengikut sayriat Islam bukanlah satu masalah. Yang salah apabila
Bercouple lalu membuat bermacam-macam perkara yang menyalahi syariat agama.

couple yang betul dan suci tiada masalah sebab ia fitrah manusia. Tiada Manusia yang boleh hidup sendirian. Manusia memerlukan pasangan. Melalui cintalah keserasian boleh di wujudkan.

couple bahkan boleh menjadi booster kepada kejayaan dan malah boleh meningkatkan keimanan jika ALLAH kita jadikan sandaran.

Cinta mempunyai 8 pengertian berdasarkan percikan ilmuan Islam yakni Mawaddah, Rahmah, Mail, Syaghaf, Ra'fah, Shobwah, Syauq dan Kulfah. Cinta yang selalu membawa kepada dosa dan ketidakberkatan adalah cinta yang berteraskan nafsu.Gelora hawa nafsu semakin tinggi, makin berkurang rasa malu dan akhirnya terlanjur. Ini yang kita tak nak dan disinilah wujudnya CINTA ITU MENJADI HARAM.

Perasaan sayang dan menyukai adalah lumrah dalam diri setiap manusia. Namun, perasaan itu hendaklah diterjemah dengan saluran yang dibenarkan oleh syarak. Apabila seseorang lelaki itu mencintai wanita yang bukan mahramnya, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah. Jangan menterjemahkan perasaan itu melalui cara perhubungan yang salah kerana ini adalah pendorong kepada perbuatan maksiat.

Akhir kata, saya tidak menghalalkan percintaan dan mengharamkannya. Kerana halal haramnya terletak di tangan anda. Jika anda bercinta mengikut apa yang di tetapkan oleh Syarak maka hukumnya HARUS tetapi jika anda membatasi syarak maka hukumnya HARAM. Saya juga tidak menggalakkan anda bercinta atau bercouple, ini hanya pandangan saya yang datang dari hasil pembacaan saya dalam buku-buku motivasi cinta yang berteraskan Islam serta mendengar ceramah-ceramah motivasi cinta. Dan jika ada kemusykilan boleh la anda merujuk kepada yang lebih arif dalam hal perhubungan antara lelaki dan perempuan. Sesungguhnya saya masih lagi seorang mutarabbi yang mencari murabbi.

p/s :: bercinta untuk menambah dan meningkatkan keimanan, ia bukan satu kesalahan.

No comments:

Post a Comment