Sunday, January 16, 2011

Cinta Seorang Sahabat

Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillahirabbi alamin..ku panjatkan rasa syukur pada Allah atas segala nikmat dan kurnianya...dapat lagi aku mencoretkan buah fikiranku di sini...

CINTA SEORANG SAHABAT...

Allahurabbi..aku sgt bersyukur kerana dikurniakan ramai kawan...walaupun sahabat ku tidak seramai bilangan kawan-kawan ku...mengapa aku berkata sedemikian??? terdapat perbezaan antara sahabat dan kawan...perbezaan pertamanya adalah dari segi ejaan dan sebutan (hahaha loyar buruk la mamat ni....)hahaa..kawan padaku hanya sekadar teman..yakni hanya menemani aku untuk seketika..mostly time aku senang la...tapi sahabat ni..senantiasa ada dikala susah dan senangku...Alhamdulillah..sahabat-sahabat aku ini..baik-baik orang nya..aku tak cakap kawan-kawan aku ni tak baik ye...semua yang berkenalan dengan aku..semuanya baik-baik belaka..terasa rendah diri dan hina dek kerana..diri aku ini..seolah-olah tidak setaraf dengan mereka..tidak setaraf dengan seorang kawan..apatah lagi seorang sahabat...terlalu kerdil diri ini untuk di bandingkan dengan mereka...adakah layak diri ini mahu di bandingkan dengan para Ulama'...??? masyaAllah..terlalu jauh...umpama matahari dan planet pluto....namun..aku tetap berasa gembira kerana mendampingi dan di dampingi oleh mereka...Allahu Akbar..terlalu besar nikmat yg Kau kurniakan pada ku...Moga Allah merahmati kehidupan semua kenalan ku...tidak kira kawan atau sahabat...mereka sangat bermakna dalam hidupku...akan aku berbakti pada mereka sedaya apa yang mampu insyaAllah...duhai sahabat..semat la pesan ku ini dalam sanubari mu...

Sahabat jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Sahabat jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis


Oh! Sahabat jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Sahabat jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta


Semoga Allah membalas jasa kalian terhadap diri yang serba kekurangan ini..insyaAllah...

No comments:

Post a Comment