Saturday, January 15, 2011

KU CINTA PADA MU

Ungkapan ini sering kita dengarin meniti dibibir manusia…sentiasa diungkapkan oleh pasangan yg bercinta..alangkah indahnya ungkapan itu jika dilafazkan dengan penuh perasaan sehingga menusuk kedalam jiwa… Alhamdulillah, aku telah mendengar lafaz itu beberapa kali sepanjang hidupku..pada mulanya aku merasakan itu adalah kalimah yg cukup indah untuk aku jadikan mimpi di setiap tidur malam ku..namun..setelah beberapa sekian, wujud keraguan dalam hatiku…dan Allah menunjukkan bukti bahawa cinta yang aku miliki dulu bukan cinta yg sejati..namun aku tidak pernah serik mencari cinta..walaupun jodoh itu telah di tetapkan oleh Allah…namun aku mencari dan terus mencari…dalam pencarian itu, aku dapat mengenali erti kehidupan..erti Kasih Sayang (MAWADDAH) dan apa itu cinta pada manusia…dalam penulisan sebelum ini..aku ada mengatakan bahawa..tidak perlu bersusah untuk mencari cinta…tetapi maksudku bukan menunggu dan termenung umpama puteri menunggu putera idamannya datang menyelamatkannya..tetapi kita boleh berusaha dengan berdoa dan bertawakal pada Allah agar Allah menemukan kita dengan cinta sejati…Allahu Akbar…sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar setiap rintihan hambanya…saban hari aku berdoa pada Allah agar menemukan aku dengan cinta sejati…Alhamdulillah..Allah telah menunjukkan jalan kepada ku menuju ke arah cinta itu…apa yg tinggal kini…hanya wasilah dariku sama ada mahu menjadikan cinta itu realiti atau fantasi… walaupun aku tidak mengetahui cinta yg aku miliki hari ini adalah cinta sejati atau tidak…tetapi aku yakin pada tuhan ku bahawa apa yang dikurniakan pada ku..adalah seorang insan yg sangat berharga dan sangat bermakna…mengapa??kerana perasaan yg wujud dari cinta sejati adalah suci..suci dari dosa..suci dari godaan syaitan…Alhamdulillah…aku mengamalkan adab dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan… lakukanlah wahai teman…jika kamu sayang akan cinta mu…maka jaga lah kehormatannya..jagalah kesucian nya…jaga lah air muka nya…jangan pernah sisipkan dosa dalam cinta kalian…lakukanlah yg terbaik untuk cinta kalian…cinta yang mampu membimbing kalian ke syurga..bkn ke neraka..waallahu alam…

No comments:

Post a Comment